Friday, 26 April 2013

wangsa maju dan PRU

Perubahan yang berlaku di Wangsa Maju selepas pilihan raya k-12 apabila kerusi parlimen kawasan ini dimiliki parti warna biru muda, antaranya;

1. Makin banyak shopping mall
2. Bar, lounge, rumah urut pun naik
3. Pembangunan rumah kedai yang pesat
4. Kondo-kondo baharu

Bukan nak kata salah, tapi to be honest kawasan sini memang makin sesak. Kemajuan itu perlu, tapi kalau tidak ada limit, jalan kawasan perumahan pun makin teruk jamnye.

Sebagai orang Wangsa Maju, aku rindu keadaan lama yang tak sesak, jalan pun teratur, tak perlu letak banyak traffic light sebab memang tak sesak pun. Lepas tu pokok pun banyak. Tapi sekarang, mana-mana tapak kosong mesti ada je yang nak naik.

Sampai padang depan blok aku sekarang ni pun dah ada pagar metal biru keliling separuh padang. Katanya nak naik kondominium, tapi bagi aku sangat bodohla sebab kawasan perumahan situ dahla tak cukup parkir kereta, kau nak naik kondo pulak. Lepas tu dah lama kawasan tu berpagar, tapi tiada perubahan pun.

Dari apa yang aku experience, kalau tak silapla, mana-mana pembangunan kawasan memang dipegang authority ahli parlimen kawasan tersebut dalam tempoh memerintah. Yang ni aku sendiri tahu dari interview bekas DUN Damansara Utama, dia sendiri bagitahu aku.

So tepuk dada tanya selera. Bagi sesetengah orang, this kind of development is a bliss, but for some other, maybe not.

Keadaan ekonomi meningkat, I agree. But does it goes along with keselamatan awam dan keadaan sosial yang sihat?

Ini cuma observation secara peribadi. I might be right, and I might be wrong. Memilih pemimpin yang baik untuk komuniti sendiri itu satu keperluan. The problem is, adakah individu yang kita pilih itu yang terbaik? Atau cuma berdasarkan parti?

Sebab aku faham sangat orang Melayu ni. Gaji tak naik, pangkah pembangkang. Harga barang turun, baru berkenan pangkah kerajaan. Ikut hangpa la.

Asalkan pemimpin hangpa tu mampu mempertahankan Islam (dan Melayu. Racist, I know), itu sudah cukup baik. Jangan sampai kita pertaruhkan hak orang Melayu sampai jadi macam di Singapura.

Atau pun, korang sebenarnya tak kisah kalau jadi macam tu?

No comments:

Post a Comment