Aku bukan pilot. Pernah bercita-cita jadi pramugari, tapi since aku gemuk sejak kecil (true, aku tak pernah kurus) so impian jadi impian saja. Abang aku teringin nak jadi pilot, tapi sekarang pilot kereta je.
Jadilah.
Sekarang jadi topik hangat kehilangan pesawat MH 370. Hari-hari sidang akhbar, hari-hari keluar spekulasi. Penatla jugak, sebab orang media yang kena cari betul ke tidak cerita tu. Bukan korang hahahaa. Lawak hambar.
Aku tak dapat bayangkan macam mana penumpang dengan krew penerbangan sekarang ni. Kalau hidup lagi, macam mana makan, minum, tempat tinggal. Kalau dah tak ada harapan, harapannya supaya dapat dijumpai la.
Sedikit terkilan bila ada jugak orang yang wujud mempertikaikan usaha pencarian dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan. Dan sekarang spekulasi FBI cuba control Malaysia pulak tersebar.
Apa-apa hal, kita kena ingat, Amerika bukan Tuhan. Faham tak?
Maksud aku, sebesar-besar kuasa AS nak takluk or control pemimpin kita, besar lagi kuasa Tuhan. Di samping kita doakan supaya pesawat dijumpai dengan segera dan selamat, apa kata kita doakan negara kita jauh dari niat jahat orang luar dan orang dalam.
Sekarang ni bukan masa tunding jari kepada Imigresen ke, kepada Najib ke, even kepada MAS, sebab diorang semua ni berusaha keras nak jumpa balik pesawat yang hilang. Kalau nak kutuk sangat, cuba fikir apa perasaan korang kalau korang berada di tempat diorang. Pastu baru kutuk.
Lagi satu, toksahla rely sangat dengan media sosial. Dan nasihat aku, jaga-jaga dengan agensi berita dunia, sebab, perkataan terrorist dah mula keluar dari news depa. And that is a bad word. And we know Malaysia dan negara Asia lain bukan terrorists. They will propagate for something else. So jangan percaya sangat. Believe me.
Kalau korang rajin sila la buat research sendiri. Cubala google ke ape ke, at least do something for yourselves instead of dengar cakap orang.
Semoga MH 370 dapat dijumpai segera. Amin.
No comments:
Post a Comment