1. Currently berehat sebentar daripada kerja data entry part time
2. #nowplaying Aqua Timez punya lagu. Artis Jepun. Lagu anime Naruto
3. Sangat penat walaupun hari ini cuti. Sapa kata kerja data entry ni senang?
4. Currently sangat merindui Bandung, Indonesia. Rasa melankolik
5. Sedang dalam bilik dikerumuni anak-anak kucing kesayangan :)
6. Hari ni lengkap seminggu berumur 29 tahun hahahaa
7. Seriously tak merancang untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki
8. Dan seriously tak merancang nak kahwin dalam masa terdekat (tapi doa tu ade la, hahaha)
9. Suka kerja data entry dan seumpamanya sebab boleh dengar muzik sambil bekerja
10. Sedang berusaha untuk mendapatkan kerja baharu sebelum Disember
11. Impian aku nak travel around the world tu terpaksa aku lupakan. Sama seperti impian aku nak jadi musician sepenuh masa
12. Menjadi dewasa adalah perkara yang sangat tak best, bagi aku
13. Selalu cemburu dengan rakan-rakan yang dah ada pekerjaan stabil dan keluarga yang sempurna
14. Semakin dewasa, semakin aku suka downkan diri sendiri, menunjukkan keyakinan diri aku semakin teruk
15. Masih bermain dengan biola sorang-sorang dalam bilik, tetapi dah lebih setahun tidak bermain gamelan
16. Ingatan pun semakin tak elok.
17. Prestasi kerja, okla. Stori aku tak banyak bos editkan. Alhamdulillah
18. Mungkin sebab aku memang suka terjemahan.
19. Mohon rakan-rakan doakan aku dapat job baharu
20. Wartawan bukan bidang yang terbaik untuk aku. Tapi kepada yang nak banyak belajar, wartawan is a job for you.
21. Kalau aku proceed berhenti kerja Disember ni, aku nak belajar menjahit dekat institusi kemahiran MARA. Insya Allah
22. Masalahnya, aku tak tau camana nak break the news to mom and dad
23. Aku tau aku memang suka kerja sendiri, cuma aku tak rasa experience mencukupi untuk bergerak sendiri
24. Lagi banyak aku kerja dengan orang, lagi teruk masalah antisosial aku. Yup
25. Ini bahagian diri aku yang tak ramai orang sedar dan tahu.
No comments:
Post a Comment