Thursday 17 December 2015

the force awaken

Semalam aku pergi menonton filem baru Star Wars. Was not disappointed. It was quite oklah, even though you are not a fan. Ada part kelakar, dan jalan ceritanya agak predictable. Rasanya kalau anda biasa tengok filem Star Wars anda akan tahu apa yang akan terjadi, hehe.

Hari ini pula tiba-tiba dalam Gmail aku ada link Linkedin IR (nama akronim, so that I won't forget). Nampak macam dia dah ada position executive, and it looks good. Good for him. Glad he found a good job.

Aku tak buka link tu, sebab aku tau dia boleh track siapa tengok profile dia. Jadi aku diamkan saja. Aku rasa, mostly sebab aku takut aku akan rasa kecewa. Maybe dia dah ada gf, manalah aku tahu.

Selalunya bila aku stalk orang yang aku minat, aku gerenti akan menangis kemudian. So aku tahan jela, aku tak mahu stalk dia. Biarlah dia dengan hidup dia. Dan aku perlu move on.

Semalam siang aku buat kerja di perpustakaan negara. I kinda like that place. Wifi laju, sesuai dengan keperluan aku. Cuma aku tak sure bila aku akan singgah ofis Cyberjaya balik haha. Maybe selepas trip ke China baru aku akan kembali ke pejabat. Tengokla macam mana. Aku pun dah tak ada sesiapa kat sana.

Talking about China, ada benda lagi aku tak beli, especially luggage. Entah bila aku nak pergi beli, hahaha. Hari tu ada sale, tapi aku tak beli. Lepas aku singgah ke Setapak Sentral semalam tengok dah tak ada. Rugi rasanya.

Tak apalah. Bukan rezeki.

No comments:

Post a Comment