Monday 15 September 2014

just go

impian aku nak naik Malaysia Airlines pun tak sampai-sampai lagi :(


Lama jugak la tenung skrin ni, buntu nak tulis apa.

Sebenarnya rasa penat. Malam tadi kerja malam. Hari ni pun kerja malam. Dah tiga hari berturut-turut kerja malam.

So tak cukup tidur.

Kesian tengok blog ni. Sunyi aje. Kosong takda updates hahahaa.

Kalau dulu zaman universiti semangat nak update hari-hari, sekarang tak dah. Mungkin sebab ada FB, Twitter and so on. Lagi pun life sekarang rasa dull je. Tak excited macam dulu. Masing-masing dengan perangai masing-masing.

But life goes on. Kawan pun macam tu juga.

What I've done in few weeks before? Let's see. Putrajaya, instead of pergi Yamaha, kami ke Alamanda nonton Lucy (Scarlett Johanson is so hot). Pergi UPM, selfie banyak-banyak kat sana. Vintage Festival, first time pergi Stadium Merdeka, banyak barang menarik cuma tak ada duit je. Jalan-jalan di Mines, naik bot kat situ bayar RM4 je.

Bulan lepas agak busy. Hmmm.. boleh tahan. 

Kadang-kadang bila orang tanya pasal kerja, aku tak tau la nak cerita macam mana. Selalunya aku kata 'oklahhhhh' dengan nada suara sinis. Sebab aku serius tak tahu apa yang aku rasa lagi.

Sama ada aku bertahan atau just let go. Aku pun tak tahu. Sebab tu aku dok tunggu bulan Disember. Harapan nak dapat kerja baharu pun macam berangan nak pergi istana kayangan je hahahaa.

Penat dah sabar. Nak bagitau mak ayah takut. So aku pun stuck kat jalan sesat hahahaa.

Moving on.

No comments:

Post a Comment